:: Semakin aku terjun ke LEMBAH ILMU, semakin terasa kerdilnya diriku ini ::

Jumaat, 17 Ogos 2007

Beralih arah!

Kepada pengunjung blog ini, penulis telah giat kembali menulis dan memaparkan Warna-warni Kehidupannya ke blog peribadi beliau. Harap maklum. Sila klik di bawah:

Khamis, 9 Ogos 2007

Kerana nila setitik!

Ada benarnya pepatah orang tua-tua...KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA!. Inilah hebatnya bahasa Melayu, penyampaian maksud melalui kata-kata ada maksud yang tersirat.

Tujuan entri ini dimasukkan adalah seumpama untuk menerangkan apa yang berlaku dan dialami oleh penulis sendiri. Isu ini berkenaan dengan blog!

Bayangkanlah, kebaikan internet boleh diumpamakan memasuki lautan ilmu!. Oleh kerana terdapat kepincangan yang dilakukan oleh sebilangan kecil yang memanipulasikan ruangan internet ini untuk "perkara-perkara yang negatif", terpalit juga bahangnya oleh orang lain, termasuk penulis sendiri.

Renungan untuk semua pembaca blog ini, penulis agak sukar untuk update blog ini kerana telah disekat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atas dasar andaian pengguna internet menyalahgunakan saluran ini.

Contohnya, entri ini memerlukan masa yang panjang untuk diupdate kerana sentiasa ada paparan seperti yang telah diterangkan.

Sedangkan blog ini bertujuan untuk pemantauan pihak pensyarah (penyelia pembimbing) terhadap kami yang menjalani praktikum di SK Peringgit!

Wajarkah ini berlaku?

Tepuk dada, tanya selera!

azlanlin

Isnin, 6 Ogos 2007

Kursus Excell - Sistem Pemarkahan Peperiksaan

Hari - Isnin (06-08-07)
Masa - 2.30 - 4.30 ptg
Tempat - Makmal Komputer, SK Peringgit, Melaka

Hari ini kami menjayakan kursus Excell (Sistem Pemarkahan Peperiksaan) khususnya berkaitan formula untuk pengiraan secara "vlookup". Kursus ini sebagai memenuhi permintaan guru-guru SK Peringgit setelah kami mengadakan tinjauan dan soal selidik semasa kami mula berpraktikum di sekolah ini.





Modul telah disediakan untuk memenuhi keperluan dan panduan semasa dan selepas berkursus. Modul ini dapat membimbing guru-guru secara offline dan dilaksanakan di rumah dan bila-bila masa.

Paparan Memori :



Khamis, 2 Ogos 2007

Semakin berminat!


Penerangan oleh En Zuri kepada Cikgu Faizal berkaitan antivirus.

Tahniah kepada sifoo Zuri kerana berjaya menarik minat guru-guru lelaki SK Peringgit untuk lebih meminati bidang ICT. Cikgu Faizal yang baru memiliki laptop baru (ACER) telah belajar untuk update antivirus demi menjaga keselamatan laptop barunya. En Zuri juga memberi penerangan ringkas tentang Datacard (Vodafone) untuk akses internet. Tahniah sifoo Zuri dan guru-guru SK Peringgit.

Lawatan Penyeliaan Pensyarah Pembimbing

Pada hari Selasa (01/08/2007), jam 10.00 pagi, kami dikunjungi oleh pensyarah pembimbing. Kami berasa kagum dengan beliau kerana walaupun jadual kerja beliau amat ketat, namun masa untuk menyelia tetap diperuntukkan. Itulah demi tugas.!

Pelbagai bimbingan dan penerangan telah diberikan khususnya dalam konteks penyeliaan berkaitan tugasan sebagai guru praktikum KSPK/TMK, amat bermakna. Banyak pandangan yang diberikan untuk lebih memantapkan hasil kerja telah kami perolehi. Terima kasih Pn Gan!



Duduk dari kiri : En Mohd Kelana, Pn Gan (Pensyarah Pembimbing)
Berdiri : En Azlan Lin

Selasa, 31 Julai 2007

Anti Virus - Kapersky 6.0

Hari ini dapat juga sattlekan masalah antivirus di pc pejabat sekolah. Bermula jam 8.00 pagi hingga ke 11.oo pagi. Jenuh juga tu. Inilah konsep 'kita memberi, orang lain merasa'. Berbeza pulak dengan peribahasa 'orang memberi, kita merasa'. Jika kedua-dua konsep ini dapt dialankan secara 2 hala, maka akan banyak perkara yang sukar menjadi mudah!. Untuk memahami konsep ini, ilmu kejiwaan kemanusiaan perlu tinggi dan memiliki tahap empati yang mantap serta tahap pemikiran analitikal yang kukuh..... Wallahualam!


Maklum le, apabila pihak bergantung kepada syarikat luar untuk membetulkan apa yang tak betul...maka tak tau la bila akan dibetulkan. Inilah hakikatnya. Maka memiliki dan mengamalkan 'ilmu' amat penting dalam mengharungi onak dan duri dalam kehidupan!


Atas dasar memberi, kami berpakat dan mendapat kebenaran pihak pentadbir setelah kami memberi penerangan secara ringkas untuk kami membuang semula antivirus dalam pc-pc di pejabat. Maklum le, dah expired! Tambahan pula virus2 yang terbaru kini seumpama memimiliki 'ijazah' kerana kebijaksanaannya untuk menggodam data-data dalam pc. Sebelum ia brlaku, ada baiknya mencegah lebih baik daripada merawat!.


Untuk itu dengan kemudahan intenet yang sudah boleh diakses di pejabat, kami membuat kemaskini definisi antivirus terkini. semua komputer yang ada telah dipasangkan dengan antivirus Kapersky 6.0 yang dibekalkan oleh KPM, jadi ia memudahkan kami untuk mengemaskini definisinya.


Jam 12 tengah hari aku berbincang dengan Cikgu Razali (Guru Science - Tahun 2) tentang tajuk Animals. Dapat juga aku pinjam buku teks dan latihan sebaai rujukan! Ini bertujuan meminta pandangannya berkaitan tajuk tersebut untuk projek khas aku!.

Isnin, 30 Julai 2007

PK - Sukatan Pelajaran (Science Year2 - Animals)

Inilah sukatan pelajaran berkaitan tajuk Science Year 2 - Animals didapati daripada laman web Pusat Perkembangan Kurikulum

mukasurat 1


mukasurat 2

PROJEK KHAS (PK) secara umum

Berkaitan projek khas, pembikinannya hampir menjadi. Saya menghasilkan bahan P&P berkaitan matapelajaran Science Year2 bertajuk Animals. Bahan ini dihasilkan menggunakan powerpoint. Ia berteraskan 'Slide Master'.








PRAKTIKUM: Aktiviti Khas dan aktiviti sampingan

AKTIVITI KHAS :

Segala aktiviti khas berkaitan praktikum akan tercatat dalam blog ini.

1. Pemasangan Wireles:
2. Kursus EXCELL

AKTIVITI SAMPINGAN:

Segala aktiviti sampingan dalam setiap minggu dalam tempoh praktikum ini sentiasa dicatat dalam blog En Zuri (sila klik pad nama beliau).

Taklimat dan bengkel penggunaan wireless

Setelah pemasangan wireless selesai pada minggu lepas, pada hari ini kami telah mengadakan taklimat serta bengkel konfigurasi notebook bagi mencapai akses tanpa wayar. Kehadiran semua guru yang mempunyai notebook ke taklimat ini amat memuaskan walaupun diadakan selepas waktu persekolahan.
TARIKH : 30 Julai 2007
HARI : Isnin
MASA : 1.10 hingga 3.00 petang
TEMPAT : Bilik/Kelas 5A (Blok Pentadbiran)
PENCERAMAH : En Zuri Azani
PEMBANTU : En Azlan, En Mohd Kelana
Dengan sedikit penerangan dan juga 'handout' yang diberi oleh En Zuri , guru2 dapat membuat sendiri konfigurasi kepada notebook masing2 kecuali beberapa orang guru yang komputernya tidak mempunyai internal wireless adapter. Nasib le badan. Jadi untuk penyelesaiannya mereka perlu mendapatkan external wireless adapter yang dalam bentuk USB terlebih dahulu.
external wireless adapter

Guru2 mendengar taklimat sambil membuat konfigurasi sendiri pada notebook masing.
Masing2 dah seronok dapat melayari internet tanpa wayar.Terlebih dahulu pada sebelah pagi kami sempat membuat sambungan internet secara kabel kepada 2 komputer di pejabat dan sebuah di bilik HEM. Untuk bilik guru besar kami bercadang untuk menggunakan USB wireless adapter sahaja. Bukan apa untuk menyenangkan kerja saja kerana kalau menggunakan kabel nampak berserabut sikit.

Selasa, 24 Julai 2007

Memanjat dan memaku!

Hari ni mula memanjat dan memaku kabel utk wireles. Awal pagi, kmi bertiga memakai pakaian formal. Rasanya macam tak selesa la pulak. Ketika ini kami hanya wiring di pusat akses untuk sambungkan ke hub dlm bilik tu.


Bila enjin dah panas dn mula nak wiring di perkarangan sekolah, kami ambil keputusan untuk menukar pakaian. Kami bergerak ke Maktab untuk menyalin pakaian. Kami dah jadi mcam ambil kontrak pemasangan wireless di sekolah la pulak.




Time hampir rehat, Cikgu Latifah (Penyelaras Makmal) tegur kami tengah buat kerja. Aku pulak mulut 'capoi'...siap minta air pulak. Dia dah tersegan dan akhirnya bawakan air botol siap dengan ais lagi. Alhamdulillah.



Isnin, 23 Julai 2007

Persiapan alatan

Alatan-alatan utk pemasangan wireless, dah dikumpulkan dan get ready utk pemasangan. Semua alatan ni dah dikumpulkan dalam bilik acces. Esok, jika tidak hujan, pemasangan akan mula dilaksanakan

Khamis, 19 Julai 2007

Mesyuarat JK ICT, SK Peringgit

Tarikh : 19.07.2007
Hari : Khamis
Tempat : Bilik tayang, SK Peringgit, Melaka
Masa : 1.10 - 2.00 ptg

Mesyuarat ni berkisar tentang penerangan projek wireless yang akan dijalankan di SK Peringgit. Juga penyerahan peruntukan oleh PIBG SK Peringgit kepada Pengarah Projek.


Dari Kiri : Tn Hj Harun - YDP PIBG, En Arshad - GPK1, En Azlan


Penyerahan Peruntukan untuk Projek Pemasangan Wireless daripada Tn Hj Harun, YDP PIBG kepada En Azlan Lin.


Dari Kiri : En Zuri, Tn Hj Harun (YDP PIBG), En Azlan,
En Arshad (GPK1- memangku jawatan GB), En Mohd Kelana.

Selasa, 17 Julai 2007

Keperluan Projek 1

Beberapa keperluan asas telah disenaraikan dalam kertas kerja. Jika peruntukan telah dikeluarkan, pastinya segala kelengkapan alatan akandibeli dan dipasang!. elamat ber'wireless'.

Projek 1 (Pemasangan Wireless) - SK Peringgit

Blog ini mula bersawang. Tindakan segera perlu diambil untuk membersihkan sawang yang mula melekat.


Kertas kerja untuk pemasangan wireles telah saya siapkan dan mendapat kelulusan daripada pihak Guru Besar. Pelan lakaran kedudukan Access Point telah dimantapkan dan mendapat kelulusan pihak pentadbir. Insyallah, bab urusan pemasangan wireless akan saya pelajari daripada En Zuri yang sememangnya mantap ilmu berkaitan ini.

Isnin, 9 Julai 2007

Pertemuan Mesra dengan Pentadbir SK Peringgit

Pertemuan mesra ini dilaksanakan pada :

Hari : Isnin (09/07/07)
Masa : 8.30 - 10.00 pagi
Tempat : Bilik Guru Besar
Wakil Pentadbir : En Arshad (GPK 1)

Agenda :

1. Ucapan Aluan GPK 1

2. Suai kenal antara Pentadbir dan Guru Praktikum IPPM

3. Penerangan tentang gambaran perjalanan dan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum sekolah.
3.1 Mempunyai kemudahan - bilik akses dan makmal komputer.

4. Perbincangan aktiviti sepanjang sesi praktikum (6 minggu).
4.1 Pemasangan Wireless
4.2 Latihan Dalam Perkhidmatan

10.30 pagi :

- Berbincang dengan guru penyelaras makmal komputer (Pn Latifah)
- Tujuan kehadiran guru praktikum dan mencari ruang dan peluang utk kedua-dua pihak (guru praktikum dan pihak sekolah)


Semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan demi anak-anak didik

azlanlin

Khamis, 5 Julai 2007

Perbincangan Bersama Guru Besar SK Peringgit

Salam utk semua,

Hari ni jam 10.00 pagi, saya telah menghubungi Pn Rahimah dan telah berbincang dengan beliau melalui telefon.

Makluman beliau bahawa selama sebulan beliau tiada di sekolah kerana urusan belajar. Secara dasarnya, beliau bersetuju dengan cadangan utk projek di sekolah seperti yang dibincangkan dengan GPK1 baru-baru ini.

Insyaalah, semasa hari isnin (mendaftarkan diri) minggu hadapan, segala perbincangan akan dibuat untuk melaksanakan tugasan/projek demi kepentingan bersama!

Sekian, untuk mkluman.

azlanlin

Isnin, 2 Julai 2007

Maklumat Awal - Hasil Perbincangan Dengan Pihak Sekolah

Setakat ini, En Zuri Azani telah memberikan no telefon SK Peringgit (06-2826693), maka En Azlan telah menghubungi pihak sekolah untuk memaklumkan perihal kehadiran kami bertiga utk menjalani praktikum di sekolah tersebut.

Untuk hari ini, Guru Besar - Pn Rahimah (017-2127138) sedang bercuti, maka saya berbual dengan GPK1 (En Arshad) berkenaan praktikum tersebut.

Hasil perbincangan ialah :

1. Menjalankan Projek - wireless di bangunan pentadbiran
2. Menjalankan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) - Kursus untuk guru-guru berkenaan software tertentu (ikut keperluan).

* P&P tidak akan diganggu kerana para pelajar akan menghadapi ujian dan peperiksaan.

=> Ini adalah hasil perbincangan secara lisan (melalui telefon) dengan pihak pentadbiran sekolah. Segala perubahan tertakluk kepada keputusan pihak pentadbiran sekolah dan keperluan semasa.

azlan

Maklumat Praktikum 2

Hasil taklimat praktikum :

Tarikh : 02-07-07
Pensyarah : En Azman (BK) & En Sazali (TMK)
Jam : 9.30 - 10.30 pagi

1. Penyeliaan
- akan dijalankan 3 kali
- 2 kali oleh pensyarah
- 1 kali oleh pihak pentadbir sekolah

2. Kehadiran:
- 100%
- cuti - tertakluk pada pihak sekolah
- isi borang 'k' sebagai bukti kehadiran - serahkan kepada penyelia setiap bulan

3. Tindakan Guru Praktikum:
- minggu pertama
- hantar jadual waktu pada penyelia
(utk bimbingan Pn Gan - just masukkan dalam blog sahaja)
- tandatangan borang kehadiran
- laksanakan P&P

Harap maklum untuk rakan-rakan guru praktikum dan penyelia

azlanlin

Isnin, 25 Jun 2007

e-komunikasi

Salam,
Penggunaan internet telah merebak dengan cepat. Pelbagai kemudahan, cepat dan tepat boleh dimanipulasikan. Salah satunya kemudahan blog.
Blog ini diwujudkan sebagai jambatan dan saluran komunikasi antara saya dengan pensyarah dalam tempoh pengajian dalam jurusan KSPK-TMK 2007 di Institut Perguruan Perempuan Melaka.
Untuk tempoh praktikum dan penyediaan "Projek Khas" di bawah seliaan Puan Gan, blog ini akan digunakan sebagai medium interaksi antara kami. Pelbagai tunjuk ajar demi memantapkan ilmu pendidikan dan ICT, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn Gan selaku penyelia saya yang tidak berputus asa dalam menyalurkan segala ilmu dan kemahiran demi tujuan tersebut.
Tidak dilupakan juga untuk sahabat-sahabat saya iaitu Zuri Azani dan Mohd Kelana yang berpraktikum di sekolah yang sama iaitu di Sekolah Kebangsaan Peringgit, Melaka, akan mengamalkan konsep bekerja bersama-sama dengan matlamat dan visi yang seiring. Insyallah.
azlan

Maklumat Praktikum

Salam,

Beberapa maklumat berkaitan praktikum:

Guru yang terlibat :

1. Azlan bin Lin

2. Zuri Azani b Yazid

3. Mohd Kelana b Yusop


Sekolah :

SK Peringgit, Melaka
Tel 06-2826693


Guru Besar -
Pn Rahimah ( 017-2127138)

GPK 1 - En Arshad

Tempoh masa:

09-07-2007 hingga 18-08-2007 ( 6 minggu )

azlanlin